Nuffnang Ads

Thursday 11 October 2012

Tungku Bayi Habbatus Sauda’



TUNGKU BAYI HABBATUS SAUDA
HARGA PROMOSI : RM26.00

Tungku Baby Habbatus Sauda :
  • Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.
  • Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.
  • Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.
Cara Penggunaan :
  • Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit (bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.
Info Tambahan Tungku Baby Habbatus Sauda :


  • Kandungan : Mengandungi ramuan herba terpilih (Habbatussauda, Lada Hitam, Jerangau, Bonglai, Cekur, Kulit Bawang Putih & Kulit Bawang Merah) – formulasi oleh bidan berpengalaman;
  • 100% Buatan tangan yg kukuh;
  • Tahan lama & tahan lasak;
  • Saiz tungku LEBIH BESAR dari tungku yang ada di pasaran;
  • Membuang angin yang menyebabkan kembung perut;
  • Melegakan lebam akibat terjatuh atau kesan suntikan;
  •  Tahan lama dari kulat kerana herba yang digunakan dipastikan betul-betul kering sebelum dibungkus;
  •  Tungku bayi ini dibalut dengan kain cotton flannel supaya lebih cepat meresap. Kain tersebut juga lasak dan tak mudah koyak;
  • Mudah digunakan. Hanya layur sahaja pada seterika dan tuam ke tempat yang bermasalah.

No comments:

Post a Comment